Khamis

GURU BARU GAGAL LAPOR DIRI AKAN DIGUGURKAN



KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Para pendidik yang baru tamat pengajian tetapi gagal melaporkan diri untuk berkhidmat mengikut tarikh yang ditetapkan akan menghadapi tindakan digugurkan sebagai guru.Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata meskipun kes tersebut adalah terpencil, namun amaran perlu dikeluarkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak."Kebanyakan guru tidak menolak untuk ke pendalaman cumanya ada segelintir sahaja guru yang kita suruh pergi, dia tak mahu pergi. Isu kekurangan guru berpunca daripada guru opsyen."Guru opsyen ini seperti guru Sejarah, Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka berpindah tetapi tidak ada ganti. Kalau contohnya seorang guru itu sanggup ke pendalaman memandangkan ia kampung halamannya, kalau dia mengajar agama, guru itu tidak boleh mengajar Bahasa Inggeris kerana standardnya tidak akan sama seperti yang kita (kementerian) mahukan," katanya di sini, Khamis.Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan majlis penyampaian sijil kepada lima pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, dekat sini.Mohd Puad berkata guru yang digugurkan bagaimanapun masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti dan alasan yang boleh menjadi pertimbangan kepada pihak kementerian untuk dikekalkan sebagai guru.Dalam pada itu, beliau berkata bagi guru yang telah berkhidmat lama juga tidak dikecualikan untuk ditempatkan ke kawasan pendalaman.Ditanya sekiranya ada di kalangan guru berpengalaman tersebut yang enggan berpindah, beliau berkata tindakan itu akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat dan gred perkhidmatan guru terbabit.Selain itu, Mohd Puad berkata pihaknya menyediakan 5,292 tempat dalam Kursus Perguruan Lepasan (KPL) SPM bagi mengikuti kursus di peringkat Ijazah Pendidikan selama lima tahun setengah.Menurutnya syarat kemasukan untuk mengikuti KPL SPM akan diperketatkan di mana pelajar disyaratkan mendapat tiga mata pelajaran cemerlang, tiga kepujian dalam Bahasa Melayu, Sejarah dan lain-lain subjek serta lulus Bahasa Inggeris."Pengambilan bagi kemasukan ke KPL SPM akan bermula pada Jun ini," katanya.- BERNAMA
baca selanjutnya......

Read more...

SISTEM PENGGILIRAN GURU DI LUAR BANDAR - NUTP


KUALA LUMPUR, 8 Mac - Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng Isnin.Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya kepada Bernama.Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar."Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja guru berkenaan ditempatkan untuk mengajar di kawasan luar bandar, mereka dilupakan dan dibiarkan di situ selama bertahun-tahun lamanya," katanya."Ini yang kami mahu elakkan dan akan menggesa Kementerian Pelajaran merumuskan sistem giliran yang adil dan saksama di mana semua guru baru diberi peluang mengajar di sekolah di luar bandar," katanya.Katanya NUTP yang mewakili 160,000 guru "menyokong penuh langkah kerajaan untuk mewajibkan guru baru ditempatkan di sekolah luar bandar."Bagaimanapun, kesatuan itu berharap kementerian akan membincangkan butiran terperinci mengenai cadangan itu dengan pelbagai wakil dan persatuan guru.Minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sedang menimbangkan untuk mewajibkan guru mengajar sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun di sekolah luar bandar dan pedalaman.Kerajaan menawarkan ganjaran dan insentif lain untuk menarik guru supaya mengajar di kawasan luar bandar.Pada ketika ini, guru yang mengajar di luar bandar dibayar elaun bertugas di pedalaman antara RM500 hingga RM1,500.- BERNAMA baca selanjutnya......

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP